Assalamualaikum..
*sapu-sapu blog yang dah penuh dengan sawang labah-labah*
hye you olls..wahhh..lama rasanya tak update blog ni..tatau la bakpo kawe tadop mood nok tulis entri baru..sehat?? semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik tuk kita semua..emm..before nak start tulis entri saya ade satu pengumuman!
Di umumkan NUR AIN BT ZAWAWI telah berjaya MENAMATKAN FOUDATION in Business Information System pada 19/5/2012 *fireworks berlatarkan lagu STANDING IN THE EYES OF THE WORLD - Ella*
21/5/2012- Degree in Business Information System *wohooooo joget-joget oyeah oyeah*
dengan itu berakhirlah penguman kita sebentar tadi..
Back to the title 'Attitude : WATCH your MOUTH, WATCH your WORDS'.. entri ini adalah untuk mereka yang berusia 18tahun keatas sahaja! semua kawan-kawan yang sudi bace entri ain ni..tengok tajuk entri ni agak-agak apa korang fikir?? mouth?? emm mesti berkaitan dengan ucapan pertuturan kan?? kurang sopan, biadap dengan erti kata lainnya RUDE?? mulut busuk macam longkang??
emm..SATU TAHUN belajar di UTP ni macam-macam jenis orang aku kenal..1001 jenis ragam dan perangai..jenis pendiam, jenis peramah dan ceria 24/7,jenis kuat emo, jenis baran, jenis suka main-main, ramai jugak yang alert pasal politik, suka sindir-menyindir, suka mencarut 24/7 (paling teruk) kalau gantikan dengan zikir takpe la jugak banyak collect pahala ni tak hari-hari topup dosa kering je dan tak lupa juga jenis orang yang perasan bagus dan bercakap berdasarkan rasa diri sudah bagus cukup pandai cukup genius serba tahu serba boleh sehinggakan orang lain semua salah dan bodoh.. even dia nak cakap tu adalah pandangan dia sehingga menidakkan semua pandangan orang tak respect pandangan orang..
Aku ingat lagi nasihat abah :
Kaklong pergi belajar tempat orang elok-elok..abah ibu jauh..memang lah kaklong tak pernah jauh dengan family but abah harap kaklong pandai jaga diri..jangan ikut sangat kawan..jaga maruah keluarga..jangan buat mende-mende jahat and boleh malukan abah ibu..abah ibu harapkan kaklong..jaga ATTITUDE..tunjukkan sikap yang baik..jaga adab..kadang2 apa yg kaklong cakap tu menyebabkan orang lain terasa..Apa-apa pun yang kaklong nak cakap, kaklong fikir dulu..janganlah mende jadi buruk baru nak fikir..Apa pun yang kita nak buat, mesti fikir dulu.. Apa positifnya, apa negatifnya.. dah fikir, baru buat supaya tak tersilap, tak menyakiti orang lain..cari kawan yang baik..solat jangan lupa..quran jangan buat hiasan kat bilik neh..
*kesat air mata* tetibe sebak..teringat waktu first nak masuk UTP..huhuhu
Kerana mulut bergaduh..tu la kononnya lantang menyuarakan pendapat..BUT bila orang tak sependapat marah..Di block dari FB, Twitter, diremove, di unfollow *cara gaduh budak zaman sekarang * nonsense..childish..adik aku yang darjah satu pon tak macam tu..haissshhhh...Come on lah,tak baik gaduh-gaduh sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat : 9-10
وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّى تَفِيءَ إِلَى أَمْرِ اللَّهِ فَإِن فَاءتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Right attitude, I would say, is the most important thing.
If you have the wrong attitude there is suffering and difficulty, but if you have the right attitude there is peace. People will not respect you guys! Please behave!
One more thing, bila bercakap tu, kena sedar apa yang kau tengah cakap. Sebelum bersuara tu fikir dulu. Guna akal, bukan guna nafsu. Sometimes, manusia ni jenis cakap lepas sedangkan belum tentu hal tu betul atau salah. Yang dia tahu nak orang terima pendapat dia je..namanye "pendapat" bila ada tak setuju diam-diam je la..jangan nak melenting.. Siasat dulu kesahihan cerita or berita before sebarkan ye sayang-sayangku..jangan broadcast cerita/berita y tak pasti kesian orang yang masih hidup dikatakan meninggal dunia..kesian kepada individu-individu tersebut..sebaliknya cari la bukti dulu before sebar ye sayang..
Surah Al-Hujurat : 6
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
WATCH your MOUTH, WATCH your ATTITUDE!! Jangan buat orang menyampah dengan kata-kata yang keluar dari mulut tu..Jangan buat orang menyampah dengan perangai awak tu sayang oiiii..jangan buat orang menyampah dengan mende-mende bodoh yang awak TERbuat tu..
we must change our attitude!! Try to respect others.. think positive! The first thing is just accepting and learning acceptance..
Satu lagi lelaki mahupun perempuan memang tak manis kalau mencarut..perghhh..budak-budak zaman sekarang mulut..lidah selalu basah dengan perkataan-perkataan mencarut..try kurangkan mencarut tu boleh kan?? basahkan lidah dengan zikir..zikir tu tandanya kita mengingat Allah..dan aku pernah terbaca yang berzikir umpama menanam pokok-pokok di syurga..wahhh..
Satu lagi aku nak bagi nasihat..bergurau boleh..but jangan melebihi had..bergurau pon ada batasnya..aku nak cakap pengalaman aku yang paling TAK BOLEH aku lupakan bila tetiba dapat kol skype without video chat nama kawan kau..tetiba keluar suara orang lain..
" woi b*bi..kau sape hah nak buat kawan aku macam tu?? pompuan sial..dasar b*bi..kau tayah nak bajet hot la..dah la ******..b*bi la kau..bajet sial kau..pompuan sial..bla bla bla bla bla"
Pergghhhh..menusuk kalbu..menangis tak berlagu..hancur berkecai hati dan perasaan..memang semalaman tak boleh tido..perghhh sapa tak menagis kena hina macam tu?? kau tak kenal aku kau nak hina aku?? kau just kenal nama aku kau nak kata aku pompuan sial?? aku just mampu cakap dekat diorang..'Kau siapa nak hina aku?? emm pape je la..kau memang berjaya buat aku rasa terhina..satu je aku nak cakap..kau ingat dosa dengan Allah memang Allah ampunkan..dosa dengan manusia terhapus bila kau minta maaf dengan orang tu'..hanya Allah je tahu perasaan aku time tu..perghhh..sape-sape yang dah mintak maaf aku dah maafkan..tapi luka tetap terkesan....sampai bila-bila aku akan ingat..for the first time in my life, aku kena hina teruk-teruk kat orang yang aku tak kenal asal usul just pernah terserempak sekali dua dekat campus just fren kat fb..grrrr.. aku just harap diorang berubah.. maybe time tu budak-budak lagi baru 18..niat nak bergurau agaknya..*think postive* truly,susah nak maafkan..tapi aku dah cuba maafkan diorang tuk dapatkan ketenangan diri aku sendiri..
Hope kawan-kawan berubah ye.. Dah besau panjang dah..dah degree dah..19 taun..jap lagi dah 20 taun..jap lagi dah 20++..hope lebih matang dalam menyusun langkah.. gud luck to UTPian MAY'11.. hope bila dah bergelar Undergraduate student ni kita lebih matang dalam apa jua tindakan yang kita buat :)
p/s: saya ingin menekankan di sini tujuan saya menulis entri ini bukanlah untuk ditujukan kepada sesiapa..jauh sesekali berniat untuk menyakiti hati sesiapa..dan saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang terasa dengan entri saya kali ni..